• Waspada Cubaan Untuk Rosakkan Keharmonian Dan Keamanan Negara

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Masyarakat negara ini diminta berwaspada dengan usaha pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi untuk mencemar serta merosakkan keharmonian dan keamanan negara ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata menjadi tanggungjawab rakyat bagi memastikan suasaha harmoni yang telah wujud lama dalam kalangan rakyat berbilang kaum dipertahankan bersama.

    "Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan kemakmuran, mereka perlu bersama-sama memenuhi aspirasi perpaduan yang menjadi agenda utama kerajaan," katanya ketika merasmikan Forum Harmoni anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di sini pada Selasa.

    Forum bertema "Meraikan Kepelbagaian dan Keharmonian Antara Agma" itu turut dihadiri Ketua Pengarah IKIM Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah YaPEIM Datuk Abdullah Samsudin dan Ketua Pengarah JPNIN Datuk Baharin Idris.

    Forum sehari itu turut dihadiri peserta dari pelbagai latar belakang dan agama termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat.

    Ia sebahagian daripada sambutan MInggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (WIHW) yang diraikan pada 1 Feb hingga 7 Feb setiap tahun.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Waspada Cubaan Untuk Rosakkan Keharmonian Dan Keamanan Negara "