• Warga KDN Perlu Komited Jaga Keamanan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    KUANTAN - Peranan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa kini semakin penting dan mencabar yang memerlukan komitmen sepenuhnya daripada pegawai dan kakitangannya.

    Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, mereka bertanggungjawab untuk memastikan aspek keselamatan negara terus terpelihara daripada sebarang anasir jahat.

    "Bukan hanya polis atau tentera yang jaga keselamatan, tapi semua jabatan yang berada di bawah KDN mempunyai tugas masing-masing...ramai yang tidak nampak (pentingnya) fungsi mereka.

    "Keselamatan bukan hanya pada faktor fizikal (senjata, kemahiran bertempur) dengan pihak luar tetapi juga menjaga keharmonian dan susun atur dalam negara agar tiada kekecohan atau timbul rasa tidak selesa di tanah air sendiri," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama 220 warga KDN serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang turut dihadiri Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Jabatan Imigresen Pahang, Muhammad Hatta Kassim.

    Dalam pada itu, Adnan turut mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya menjalankan urusan pentadbiran secara adil dan saksama.

    Kataya, ia merupakan sebahagian daripada amanah yang dipertanggungjawab terhadap mereka dalam mengurus tadbir sesebuah jabatan kerajaan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Warga KDN Perlu Komited Jaga Keamanan "