• Warga India Guna Identiti Individu Lain Meninggal Dunia Ketika Dihantar Pulang

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    SEORANG warga India yang bekerja di Malaysia selama 15 tahun dan menggunakan pasport individu lain dilaporkan meninggal dunia di lapangan terbang semasa dihantar pulang, lapor Makkal Osai.

    Presiden Penyelamat Kemanusiaan Global Malaysia T. Kamalanathan berkata, beliau menerima maklumat mengenai kematian R. Pandiarajan, 42, dan menyedari tentang perbezaan identiti mangsa ketika beliau melihat mayat berkenaan di hospital.

    Kumpulan itu berjaya menghubungi isteri lelaki itu, yang kemudiannya mengesahkan bahawa si mati sebenarnya bernama Pandiarajan.

    Mereka kemudian mengumpul dokumen pengenalan asal lelaki itu dan menghubungi Jabatan Imigresen.

    Pandiarajan dihantar kembali ke India pada 29 Jan selepas ditahan selama tiga bulan selepas dia meninggal dunia akibat serangan jantung.

    Kamalanathan berkata, kumpulan tersebut membantu keluarga mangsa mendapatkan kembali mayat lelaki itu untuk dihantar ke Tamil Nadu. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Warga India Guna Identiti Individu Lain Meninggal Dunia Ketika Dihantar Pulang "