• Warga Emas Jatuh Parit Kedalaman 7 Kaki Diselamatkan Bomba

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 4 February 2018
    A- A+

    MIRI: Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam parit dengan kedalaman tujuh kaki ketika berjalan dihadapan sebuah stesen minyak di Jalan Miri - Pujut di sini pagi ini.

    Tindakan pantas pihak Bomba berjaya menyelamatkan mangsa yang berusia 60 tahun itu susulan laporan orang awam yang menyedari insiden tersebut.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak menyelamatkan mangsa dengan menstabilkan keadaannya dan seterusnya mengangkat mangsa menggunakan “stretcher".

    Katanya, mangsa dipercayai jatuh parit sedalam 7 kaki ketika berjalan seorang diri di kawasan berkenaan.

    "Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulans Hospital yang berada di lokasi untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya

    Mangsa kini dilaporkan stabil dan berada dibawah pengawasan pihak Hospital. - Sarawakiana
  • No Comment to " Warga Emas Jatuh Parit Kedalaman 7 Kaki Diselamatkan Bomba "