• Warga Emas Hilang Semasa Mencari Udang

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 25 February 2018
    A- A+

    BINTULU – Seorang warga emas yang mencari udang sejak tiga hari lepas di Sungai Kemena dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya dijumpai terbalik malam semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit berkata lelaki itu, Dalahan Dibang, 62, telah keluar dari rumah pada 2.30 petang Khamis untuk ke kawasan Sungai Kemena bagi menjala udang.

    “Semalam pada 4 petang, Dalahan telah menghubungi isterinya untuk memaklumkan yang beliau balik pada petang itu juga,” katanya hari ini.

    Mohamad berkata, bagaimanapun pada 7 malam semalam penghulu kampung telah menghubungi isteri Dalahan untuk memaklumkan bahawa bot milik suaminya dijumpai dalam keadaan terbalik di kawasan Kuala Segan.

    “Penduduk kampung serta pasukan mencari dan menyelamat telah memulakan operasi mencari Dalahan di sekitar kawasan, namun gagal menemuinya dan operasi ditangguh kerana keadaan gelap sebelum disambung pada hari ini,” katanya. – BERNAMA
  • No Comment to " Warga Emas Hilang Semasa Mencari Udang "