• Wanita Transgender Ini Nekad Menjadi 'Naga'

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Seorang wanita transgender dari Bruni, Texas, Amerika Syarikat percaya bahawa dirinya adalah transgender paling banyak melalu proses transformasi.

    Eva Tiamat Medusa sudah membelanjakan lebih £42,000 (RM228,321) untuk mengubah dirinya menjadi seekor naga.

    Ya, Eva nekad menjadi seekor naga.

    Perjalanannya mengubah diri menjadi seekor haiwan reptilia ini bermula apabila Eva disahkan dijangkiti virus HIV dan perkara itu membuatkan dirinya nekad untuk tidak mati sebagai seorang manusia.

    Eva, 53 tahun, yang sebelum ini bekerja sebagai timbalan presiden bagi sebuah bank yang terkenal di Amerika Syarikat, mengakui dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seekor naga.

    Menerusi Metro.uk, Eva disisihkan oleh kedua ibu bapanya seawal usia lima tahun dan percaya bahawa dia telah dilahirkan semula dan dijaga oleh seekor ular.

    Bagi merealisasikan cita-citanya ini, Eva bermula dengan mencacah tatu di tubuh badannya dan menukar bentuk asal hidungnya termasuk membuang kedua-dua telingnya.

    Selain itu, lebih mengerikan apabila Eva turut mewarnakan bahagian mata putihnya agar ia kekal hijau dan turut mempunyai lapan tanduk kecil di dahinya.

    Jelasnya, dia merancang untuk menjalankan lebih banyak transformasi di badannya di masa akan datang kerana baginya proses ini merupakan suatu yang indah baginya.

    Eva kini tidak lagi mengklasifikan dirinya sebagai seorang manusia tetapi menggelar dirinya 'trans-species'. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Transgender Ini Nekad Menjadi 'Naga' "