• Wanita Misteri Edar Kopi Bercampur Dadah Diminta Tampil

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    PULAU PINANG - Seorang ‘wanita misteri’ kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan pengedaran kopi campuran disyaki dicampur dadah yang menyebabkan tujuh individu dirawat di hospital di negeri ini.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata , wanita berketurunan Cina berusia dalam lingkungan usia 40-an dipercayai pihak pertama yang mengedar kopi berkenaan di sekitar Jelutong.

    Katanya, keterangan wanita berkenaan diperlukan untuk melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan.

    “Sehubungan itu polis meminta kerjasamana wanita berkenaan untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

    Sementara itu Anuar memberitahu,keputusan ujian kimia yang dilakukan terhadap sampel kopi yang diminum dua lelaki Nepal dijangka diperoleh hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Misteri Edar Kopi Bercampur Dadah Diminta Tampil "