• Wanita Menangis 'Duit Jatuh Ke Riba' Ketika Tidur

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    SEORANG wanita berterima kasih kepada insan yang tak dikenali selepas meninggalkan wang £100 (RM553) di atas ribanya.

    Ella Johannessen berkata, insan itu mungkin terdengar perbualannya dengan ibunya yang membincangkan tentang masalah kewangan ketika menaiki kereta api dari Peterborough ke Leeds.

    Dalam perbualannya itu, dia telah meluah rasa 'tertekan dan kecewa', sebelum meletakkan telefon dan tidur.

    Dia menulis di Facebook bahawa dia cuba berfikir apa yang telah berlaku kepada wang £35 (RM193) yang telah dipindahkan ke akaun banknya.

    "Saya bercakap dengan ibu tentang betapa sedikitnya wang saya, betapa saya risau tentang duit dan saya marah.

    "Saya terbangun kira-kira setengah jam kemudian dan melihat kertas tisu di pangkuan saya," tulisnya.

    "Di bawahnya adalah wang £100. Saya mula menangis kerana sangat bersyukur dengan kebaikan anda, orang yang saya tak pernah kenal.

    "Selepas 18 bulan melalui situasi dahsyat di mana saya kehilangan bapa dan kedua orang tuanya, saya telah ditunjukkan bahawa masih ada kebaikan di dunia ini."

    Johannessen mengucapkan terima kasih kepada orang asing itu dan tekad untuk meneruskan kebaikan yang telah ditunjukkannya.

    "Saya harap anda akan melihatnya," katanya.

    Postingnya telah dikongsi hampir 22,000 kali, tetapi Johannessen berkata dia masih tidak bertemu orang asing yang meninggalkannya wang itu. -TheIndependence/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Menangis 'Duit Jatuh Ke Riba' Ketika Tidur "