• Wanita Maut Gantung Diri

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Wanita ditemui mati dalam keadaan tergantung di pintu bilik rumah sewanya di Kampung Batu 9 Lekir, Sitiawan, hari ini.

    Mayat mangsa, 24, ditemui pada 12.30 tengah hari oleh jiran sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis melalui talian MERS 999.

    Difahamkan, mangsa tinggal di rumah yang disewa bersama suami dan dua anak lelaki mereka.

    Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa yang bersendirian di rumah ketika kejadian dipercayai menggunakan tali untuk menggantungkan diri.

    "Ketika itu suami mangsa tiada di rumah sewa mereka kerana keluar bekerja.

    "Tiada unsur jenayah, namun punca kejadian masih dalam siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

    Katanya, mayat wanita itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan punca kematian adalah kerana jerutan di leher akibat tergantung.

    “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

    Sementara itu, usaha pihak media untuk menemubual ahli keluarga mangsa, gagal.

    Kematian wanita itu mula tular sejak tengah hari tadi menerusi aplikasi WhatsApp.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Maut Gantung Diri "