• Wanita Mati Akibat Langgar Lari, Bukan Kes Ragut

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 17 February 2018
    A- A+
    Gambar Hiasan

    LUNDU – Polis menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya seorang wanita warga emas yang ditemukan maut di Kampung Sekambal di Jalan Lundu-Pandan di sini akibat kes ragut.

    Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong berkata hasil siasatan mendapati pejalan kaki tersebut Demben@Napiah Ramli, 67, yang ditemukan kira-kira 7.40 petang semalam di lokasi kejadian adalah mangsa kes langgar lari.

    “Kira-kira 7.40 petang, anak pengadu menerima panggilan telefon bahawa ibu beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya langgar lari. Pengadu telah menghantar ibunya ke Hospital Lundu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

    “Siasatan polis mendapati tiada saksi melihat kejadian serta tiada unsur jenayah atau ragut dikesan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Chee Keong berkata pihaknya sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang menularkan berita tersebut untuk membantu siasatan. – BERNAMA
  • No Comment to " Wanita Mati Akibat Langgar Lari, Bukan Kes Ragut "