• Wanita Lemas Kenderaan Terbabas Dalam Parit

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    SIBU : Seorang wanita meninggal dunia akibat lemas setelah kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini petang tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Flora Nuing, 34, yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Triton terlibat dalam kemalangan kendiri apabila hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam sebuah parit.

    Difahamkan kejadian berlaku ketika hujan lebat dan parit tersebut penuh dengan takungan air menyebabkan kenderaan hampir tenggelam dan hanya tayar yang kelihatan.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan ketika pihak Bomba sampai, anggota Bomba berjaya menstabilkan kenderaan tersebut menggunakan ‘winch’ jentera.

    "Mangsa berjaya dikeluarkan, namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dipercayai akibat lemas ketika masih terperangkap di dalam kenderaan" katanya.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. - Sarawakiana
  • No Comment to " Wanita Lemas Kenderaan Terbabas Dalam Parit "