• Wanita Ditemui Mati Selepas Gantung Diri

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    LUMUT - Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai menggantungkan diri di pintu bilik sebuah rumah sewa di kampung Batu 9 Lekir di sini semalam.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung oleh jirannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

    Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, ketika kejadian mangsa hanya berada seorang diri di rumah tersebut.

    "Suami mangsa pula tiada ditempat kejadian kerana keluar bekerja.

    "Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan punca kematian adalah kerana jerutan di leher akibat tergantung," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

    Menurut Hanif, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan lanjut.

    Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Ditemui Mati Selepas Gantung Diri "