• Wanita Ditemui Mati Dikelar Di Serian, Polis Tahan Suami Bantu Siasatan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Saturday, 10 February 2018
    A- A+

    SERIAN: Seorang wanita berusia 36 tahun ditemui mati di sebuah rumah di Kampung Bedup Longgok dekat sini semalam.

    Mangsa seorang warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kelaran di leher oleh suaminya sendiri sebaik suaminya tiba di rumah sekembalinya menjemput anak mereka balik dari sekolah.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Dato Dev Kumar berkata, suami mansa tampil membuat laporan polis sekitar jam 1.30 petang dan memaklumkan bahawa dia menemui jasad isterinya sudah tidak bernyawa lagi.

    “Suami mangsa melaporkan menemui mayat isterinya dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka.” katanya menerusi satu kenyataan media di sini malam tadi.

    Hasil siasatan awal di lokasi kejadian, Dev berkata, mangsa seorang suri rumah tangga telah ditemui mati dan pihak polis menahan suami mangsa bagi membantu siasatan lanjut.

    Jelas Dev, pihak polis kini sedang menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti identiti pembunuh dan motif pembunuhan tersebut.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Ditemui Mati Dikelar Di Serian, Polis Tahan Suami Bantu Siasatan "