• Wanita Ditemui Dengan Usus Terkeluar, Batang Besi Disumbat Dalam Faraj

    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    DINAJPUR, India: Seorang wanita ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di bawah jambatan dekat selatan Dinajpur, India.

    Amat menyayat hati, sebahagian usus kecilnya terkeluar, kesan rodokan batang besi.

    Mangsa dipercayai terbaring di bawah jambatan berkenaan selama lebih kurang 18 jam sebelum ditemui.

    Menurut laporan dia diserang ketika pulang daripada pesta, dirogol beramai-ramai sebelum dikemaluannya dirodok dengan batang besi hujung minggu lalu.

    Menurut Dhamu Soren, dia terlihat mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memercikkan air ke wajahnya bagi mengejutkannya.

    “Pada ketika itu, saya sedar sebahagian usus kecil mangsa terkeluar dari bahagian sulitnya” kata Dhamu menceritakan detik dia menemui mangsa.

    Penguasa Perubatan, Amit Kumar Dawn mengesahkan mangsa mula beri reaksi positif selepas sepasukan doktor pakar menjalankan pembedahan kecemasan. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Ditemui Dengan Usus Terkeluar, Batang Besi Disumbat Dalam Faraj "