• Wanita Cuba Sogok Polis Direman 4 Hari

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 22 Februari depan terhadap seorang ahli perniagaan wanita bagi membantu siasatan kes rasuah sebanyak RM1,200.

    Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Afiq Agoes selepas menerima permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Faliq Basirudin.

    Suspek yang tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dekat sini pada pukul 10 pagi tadi hadir berpakaian lokap berwarna ungu dan beredar 15 minit kemudian.


    Terdahulu, wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Sarawak itu ditangkap di Jalan Coastal di sini pada pukul 11 pagi semalam kerana dipercayai cuba memberi suapan sebanyak RM1,200 kepada seorang anggota polis.

    Sogokan tersebut adalah sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Cuba Sogok Polis Direman 4 Hari "