• Video Namawee : Polis Buka Kertas Siasatan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Sunday, 18 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap kontroversi Namewee berhubung klip videonya yang menggores sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat klip video kontroversi berkenaan.

    "Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang sengaja mencetuskan isu perkauman dan sensitiviti.

    “Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena Hari Polis ke-211, di Pusat Latihan Polis (Pulapol), hari ini.

    Kembara bermotosikal selama tiga hari itu membabitkan perjalanan sejauh 1,103 kilometer disertai lebih 50 pegawai dan anggota dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bermula dari Pulapol ke lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

    Baru-baru ini, Namawee memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

    Namewee yang pernah dikatakan menghina seruan azan suatu ketika dulu, kelihatan terkinja-kinja menari di lokasi terbabit yang dimulakan dengan aksi dua ‘anjing’ seolah-olah sedang bersetubuh.- SH

    Subjects:

  • No Comment to " Video Namawee : Polis Buka Kertas Siasatan "