• Video Gadis ‘Manja Lapar’, Empunya Diri Beri Penjelasan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+


    SEJAK beberapa hari lalu, tular di media sosial klip video seorang gadis merengek manja dalam keadaan kepanasan dan kelaparan.

    Rakaman yang dimuat naik di laman Instagram teman lelakinya itu menarik perhatian netizen sehingga muncul pelbagai video parodi meniru aksi mereka.

    Malah, ada segelintir pengguna media sosial menyifatkan rengekan gadis tersebut seakan terlalu mengada-gada demi meraih perhatian ramai.

    Pun begitu, menurut empunya diri, Nur Anizah Tahang, 20, menjelaskan video aksinya yang tular itu dirakam secara spontan dan tidak dibuat-buat.

    Nur Anizah atau lebih dikenali sebagai Nija berkata, dia sebenarnya dikenali berperwatakan manja dalam kalangan keluarga dan teman-teman rapat.

    “Sesiapa yang kenal saya, itu memang diri saya, bukan dibuat-buat. Sedangkan bunyi guruh pun saya boleh menangis dan duduk diam-diam.

    “Saya tak jangka pun benda ni nak ‘viral’ (tular) sampai ada macam-macam parodi orang buat pasal saya,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.

    Kata remaja itu lagi, dia menonton setiap video parodi yang meniru aksi manjanya itu. Walaubagaimanapun, dia tidak tersinggung dan menganggap ia sebagai hiburan dan jenaka netizen.

    “Bukan tak kisah, tak ada manusia yang tak ada perasaan. Mungkin ia (parodi) dibuat sebagai ejekan, tapi saya fikir yang positif, anggap semua tu sekadar suka-suka.

    “Saya sebenarnya tengok semua video parodi tu. Saya pun gelak,” katanya sambil menambah semua parodi itu ditonton selepas netizen menyertakan pautan laman sosialnya kepada setiap posting berkenaan.

    Bagi yang tidak mengenali Nija secara peribadi, mungkin menganggap aksi manja itu keterlaluan. Justeru, Nija memohon maaf sekiranya ia menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak.

    “Saya minta maaf kalau video tu dianggap melampau. Saya tiada niat, bukan sengaja nak buat macam tu. Maafkan saya,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC




    Subjects:

  • No Comment to " Video Gadis ‘Manja Lapar’, Empunya Diri Beri Penjelasan "