• Video: Berang Tunggu Lama, Pelanggan Belasah Cashier

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+


    KLANG – Malang nasib seorang juruwang apabila dibelasah secara bertubi-tubi oleh seorang pelanggan lelaki yang hilang kesabaran kerana menunggu terlalu lama.

    Dalam kejadian petang Ahad di Aeon Mall Bukit Tinggi, di sini, mangsa yang sedang menguruskan pembayaran pelanggannya yang membayar menggunakan kad debit secara tiba-tiba dimarahi oleh lelaki terbabit sambil menghentak kaunter beberapa kali.

    Pada mulanya juruwang tersebut kelihatan seperti tidak mengendahkannya namun ditumbuk di bahagian muka secara tiba-tiba.

    Terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan, mangsa berhenti seketika dan pelanggan yang lain juga dilihat tergamam melihatkan situasi yang tidak dijangkakan itu.

    Tidak puas setakat itu sahaja, pelanggan yang berang itu kemudian masuk ke dalam kawasan kaunter lalu menyerang mangsa bertubi-tubi.

    Mangsa sesekali cuba mengelakkan dan melawan sebelum kedua-duanya dileraikan oleh beberapa pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan.

    Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan insiden tidak mengejutkan itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mengutuk tindakan lelaki terbabit yang tidak mempunyai kesabaran.

    Menurut sumber di Facebook, lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana terpaksa beratur dan telah menunggu lama di luar restoran lebih dari setengah jam.

    Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit, tampil membantu. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video: Berang Tunggu Lama, Pelanggan Belasah Cashier "