• Video Aksi Tembak Hanyalah Penggambaran Filem - Polis

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim menjelaskan video kejadian tembak-menembak yang tular di media sosial hari ini bukan kejadian sebenar sebaliknya hanya penggambaran filem.

    “Saya nafikan kejadian tembak berkenaan (kejadian sebenar), jadi orang awam tidak perlu bimbang dengan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Video berdurasi satu minit lapan saat itu memaparkan satu kejadian tembak menembak sepasukan anggota polis dengan beberapa penjenayah selain turut memuatkan sekeping gambar dua orang mangsa yang berlumuran darah dan terbaring di atas jalan dipercayai mati akibat tembakan. - BERNAMA


    Subjects:

  • No Comment to " Video Aksi Tembak Hanyalah Penggambaran Filem - Polis "