• Video: 7 Beradik Makan Bersuap, Bikin Netizen Sebak

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    NOSTALGIA… Pepatah lama Melayu pernah mengatakan bahawa hubungan adik-beradik ini umpama “air yang dicincang, tidak akan putus”.

    Baru-baru ini tular menerusi laman Facebook sebuah rakaman yang menyaksikan tujuh adik beradik berkumpul dan makan bersuap sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

    Menerusi video tular berkenaan, jelas terlihat meskipun tujuh adik-beradik tersebut sudah berusia namun memori makan bersuap ketika zaman kanak-kanak menjadi suatu kenangan indah yang sukar untuk dilupakan.

    Lebih mengharukan, aktiviti itu diadakan dilakukan ketika semua adik-beradik itu berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.

    Perkongsian yang menerima lebih daripada 20,000 tanda suka itu telah mengundang rasa sebak dan hiba dalam kalangan netizen terutamanya ketika momen mereka saling berpelukan dan menangis.

    Sehingga kini, video itu terus mendapat perhatian dan kini meraih lebih 1,000,000 tontonan melalui laman Facebook selain dikongsi dalam pelbagai platform. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video: 7 Beradik Makan Bersuap, Bikin Netizen Sebak "