• Van Keselamatan Bawa RM4 Juta Terbalik

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    PETALING JAYA: Sebuah van keselamatan membawa wang tunai RM4 juta terbalik selepas dirempuh kereta jenis Grand Livina di Jalan Lapangan Terbang Subang, menghala ke susur masuk Kelana Jaya, di sini, pagi tadi.

    Kemalangan jam 10.35 pagi itu menyebabkan dua pengawal keselamatan cedera ringan manakala pemandu van selamat.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata laporan awal mendapati, pemandu van tiba-tiba memasuki lorong dilalui Grand Livina berkenaan.

    "Berikutan itu, pemandu kereta tidak dapat mengelak dan melanggar van dari belakang sehingga terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

    "Pengguna jalan raya dan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan membantu mangsa yang terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Mohd Zani berkata, semua wang yang dibawa van itu selamat dan dipindahkan ke van lain manakala pemandu kereta Nissan Grand Livina tidak mengalami kecederaan. - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Van Keselamatan Bawa RM4 Juta Terbalik "