• Usul MA63 Dibahas Di Konvensyen PBB 2018 - Rundi

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak konsisten membangkit usul berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bukan bermusim seperti dakwaan pembangkang negeri ini.

    Pada konvensyen PBB yang akan berlangsung 9 hingga 11 Februari 2018, MA63 diberi penekanan khusus kerana ia adalah mengenai hak negeri yang terhakis.

    Menurut Setiausaha Agung PBB Dato Sri Stephen Rundi Utom, apa yang dibahas tentang MA63 akan diambil kira semua pandangan dan pendapat daripada seluruh ahli PBB.

    “Pandangan serta pendapat tersebut akan dibawa kepada kerajaan pusat agar segala hak yang terhakis akan dikembalikan secara baik, “ ujarnya

    Beliau menegaskan, PBB akan meneruskan rundingan dengan cara baik dan tidak sedikitpun terdetik untuk berpecahbelah atau keluar dari Malaysia.

    “Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia dan berada bersama Malaysia selama-lamanya,” katanya menerusi sidang media di sini hari ini.

    Dalam isu MA63, PBB jelas lebih vokal mempertahan dan memperjuangkan hak negeri seperti termaktub dalam MA63.

    Beliau menambah, perbincangan berterusan dengan kerajaan pusat akan diteruskan dan pada masa sama PBB turut mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mendengar masalah negeri ini serta berlapang dada membincang isu MA63. – Sarawakiana
  • No Comment to " Usul MA63 Dibahas Di Konvensyen PBB 2018 - Rundi "