• Usah Terpedaya, Kereta 'Polis China' Untuk Pembikinan Filem

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+


    KUANTAN - Orang ramai diminta lebih berhati-hati dan bertanggungjawab agar tidak mudah terpengaruh dengan berita yang belum pasti kesahihannya termasuk penyebaran gambar kereta nasional menggunakan logo polis China yang kini menjadi tular di media sosial.

    Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata, berita tentang gambar berkenaan adalah palsu kerana apa yang dimaksudkan tidak berlaku di negeri ini.

    "Kereta itu adalah melibatkan pembikinan sebuah filem di ibu negara.

    "Penggambaran itu bukan di Pahang, saya harap masyarakat tidak mudah diperdaya dengan pelbagai tanggapan buruk sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

    Beliau mengulas penyebaran gambar kereta peronda menggunakan logo polis China yang kini menjadi tular di media sosial yang didakwa berada di Kuantan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Usah Terpedaya, Kereta 'Polis China' Untuk Pembikinan Filem "