• Undang-Undang Kekang Berita Palsu Wajar - Fadillah

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cadangan kajian undang-undang bagi mengekang penyebaran berita palsu di negara ini disifatkan wajar terutama sekali dalam membendung ancaman subversif dan ekstremis.

    "Tindakan tegas ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu seharusnya diambil seperti negara lain bagi memastikan keamanan negara dan keselamatan rakyat," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Tambahnya, apabila ia menjejaskan ketenteraman awam, ia perlu dibanteras dan dibendung.

    "Tindakan tidak bermoral itu boleh mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam," tegasnya.

    "Dengan keadaan masa kini, negara menghadapi anasir subversif dan ekstrimis dan ia amat penting demi menjaga keamanan serta keselamatan rakyat," katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Undang-Undang Kekang Berita Palsu Wajar - Fadillah "