• 'Uncle, Tak Rela...'

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    Akibat tidak tahan menanggung ‘seksa’ kerana diliwat anak saudara sendiri, lelaki, 29, melaporkan perbuatan terkutuk suspek kepada polis, kelmarin.

    Mangsa berperwatakan lembut dan ‘ayu’ mendakwa berdepan tekanan perasaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit pada 12 tengah malam.

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar berkata, mangsa yang tinggal serumah dengan suspek, 25, mendakwa kejadian berlaku pada tahun lalu.

    Menurutnya, mangsa tidak bekerja dan terpaksa bertemu suspek setiap hari kerana menumpang tinggal di rumah keluarga lelaki itu di Batu Rakit, Kuala Nerus.

    "Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, suspek ditahan di kampung sama oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu tengah hari semalam," katanya semasa dihubungi, hari ini.

    Idris berkata, suspek dibawa ke IPD Kuala Terengganu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

    Katanya, mangsa dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan laporan kesihatan mengesahkan terdapat kesan cedera di bahagian duburnya.

    "Kes berkenaan masih disiasat bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 'Uncle, Tak Rela...' "