• Umai Segar Ole-Ole Penyeri Perhimpunan Agung PBB

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Dalam kemeriahan perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari seluruh Sarawak hadir ke perhimpunan agung PBB ke-14, terdapat booth-booth dari cawangan parti itu menjual berbagai jenis jualan.

    Produk seperti krepek daripada bahan tanaman seperti pisang, ubi kayu dan sebagainya terdapat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Bukan setakat krepek, pakaian seperti baju kurung, jubah dan sebagainya turut mendapat perhatian pengunjung.

    Bahan kraftangan kaum orang Ulu, Iban dan Bidayuh yang begitu halus pembuatannya dan antara barang yang digemari pengunjung untuk mendapatkannya.

    Yang pasti terdapat ole-ole yang paling menarik di perhimpunan agung tersebut.

    Umai segar makanan kaum Melanau turut dijual dan pengunjung boleh mendapat di booth PBB Dalat.

    Dari pagi tadi umai segar sudah mendapat tempahan yang begitu menggalakkan dan ia merupakan produk jualan di perhimpunan agung PBB yang paling laris setakat ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Umai Segar Ole-Ole Penyeri Perhimpunan Agung PBB "