• Tusuk Kalbu, Netizen Sebak Dengan Lirik Lagu Baru Sufian

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+


    HUBUNGAN cinta antara dua selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ternyata terhenti di tengah jalan apabila pasangan ini telah disahkan putus tunang.

    Bagaimanapun, sehingga kini butir lanjut mengenai punca sebenar terputusnya ikatan pertunangan antara mereka masih belum diketahui.

    Mungkin belum move on dengan pengalaman merudum jiwa itu, baru-baru ini Sufian muncul dengan sebuah lagu baru berjudul Di Matamu yang dimuat naik menerusi Instagram Story miliknya.

    Selain itu, rakaman pendek itu turut dikongsi oleh Sufian menerusi di laman Youtubeyang mana sehingga kini ditonton lebih daripada 97,000 kali.

    Menerusi video itu, Sufian yang kelihatan sayu sambil menghayati bait-bait lirik lirik hasil ciptaannya ternyata mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

    Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan liriklagu yang amat menusuk kalbu itu selain meluahkan simpati terhadap apa yang menimpa Sufian.

    Bukan itu sahaja, malah netizen juga turut memberi tiupan semangat serta dorongan buat penyanyi berusia 26 tahun itu dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Sufian.

    Meskipun lagu tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi namun keratan video itu terus menjadi perhatian dan ramai yang tidak sabar menunggu lagu itu untuk berada di corong-corong radio.

    Apapun, kami di Mynewshub mendoakan agar Sufian terus tabah menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tusuk Kalbu, Netizen Sebak Dengan Lirik Lagu Baru Sufian "