• Tuntutan Kerja Lebih Masa Palsu Cecah RM126,757.54

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+


    KOTA KINABALU: Seramai lapan pembantu perubatan dari klinik oftalmologi Hospital Queen Elizabeth di sini mengaku bersalah pada Khamis di atas kesalahan melakukan tuntutan palsu kerja lebih masa dengan nilai keseluruhan RM126,757.54.

    Semua lapan tertuduh ialah Mohd Rosidih Mohd Said, 38, Zulkifli Arun, 28, Terence Linchos, 38, Juraineh Musalim, 27, Jaduin Untop, 30, Noor Salim Mohd Zin, 27, Mohd Akmal Hafiz Mohamad Ariff, 26, dan Naza Fadirul @Mick Ab Satar, 33, mengaku melakukan kesalahan itu antara Januari dan Mei 2016.

    Difahamkan, Naza membuat tuntutan tertinggi dengan nilai RM22,216.61, diikuti oleh Jaduin (RM19,992.63), Terence (RM18,829.44), Mohd Rosidih (RM, 696.10), Zulkifli (RM14,065.91), Noor Salim (RM13,466.89) dan Mohd Akmal (RM12,842.26).

    Sementara itu, Juraineh didakwa melakukan tiga pertuduhan melakukan tuntutan palsu kerja lebih masa yang berjumlah RM8,647.40.

    Hakim Abu Bakar Manat menangguhkan hukuman kepada 8 Februari susulan permohonan dibuat oleh peguam seorang daripada tertuduh yang meminta agar hukuman dikurangkan sebelum ia putuskan oleh mahkamah.

    Mereka didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang juga boleh dihukum di bawah Seksyen 465 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Kesemua lapan suspek didakwa pada Ogos lalu dan telah mengemukakan rayuan ke atas hukuman berat yang tertakluk di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

    Setiap suspek sebelum ini berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak lebih lima kali nilai tuntutan yang dibuat.

    NOr Salim dan Mohd Akmal diwakili oleh peguam Hairul Vyron, sementara yang lain diwakili oleh Ram Singh dan Kimberly Ye. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Tuntutan Kerja Lebih Masa Palsu Cecah RM126,757.54 "