• Tun Taib Terima Suratcara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak Dari Agong

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+
    gambar Bernama
    KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima suratcara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, di sini.

    Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Selain itu Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran dan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif turut hadir pada istiadat tersebut.

    Ini merupakan penggal kedua Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

    Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb 2014.
  • No Comment to " Tun Taib Terima Suratcara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak Dari Agong "