• Tular 17,000 Calon SPM Gagal Sejarah Palsu - KPM

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Laporan yang tersebar mengenai seramai 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 gagal mata pelajaran Sejarah di laman sosial adalah tidak benar.

    Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, setakat ini Lembaga Peperiksaan belum mengumumkan sebarang keputusan berkaitan SPM 2017.

    Pengumuman keputusan SPM 2017 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

    “Oleh demikian, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan,” jelas kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Tular 17,000 Calon SPM Gagal Sejarah Palsu - KPM "