• 'Tuhan Bolasepak Menyebelahi Mereka'

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    "Buat macam mana pun, ia tidak berlaku kepada kami pada perlawanan itu. Tuhan bolasepak jelas berada bersama mereka," kata pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

    Jose yang mendapat gelaran The Special One memberi komen selepas kekalahan skuadnya kepada Newcastle United kendalian Rafael Benitez di St James Park.

    Mourinho berkata, Manchester United berkemungkinan mampu bermain 10 jam di padang Newcastle itu tetapi langsung tidak akan dapat menjaringkan sebarang gol.

    Gol tunggal Matt Ritchie minit 65 adalah kekalahan kekalahan kelima Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

    Skuad Mourinho melakukan 13 percubaan ke arah gol dengan enam menuju ke sasaran. Keputusan meletakkan mereka tertinggal 16 mata di belakang Manchester City.

    Trio United, Anthony Martial, Alexis Sanchez dan Jesse Lingard terlepas peluang buat pasukan pelawat itu.

    Malah penjaga gol Newcastle membuat penampilan sulung, Martin Dubravka selaku pinjaman perpindahan Januari dari Sparta Prague berada pada tahap terbaik.-BBC

    Subjects:

  • No Comment to " 'Tuhan Bolasepak Menyebelahi Mereka' "