• Trump Mohon Lukisan Tapi Dapat Jamban Emas

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    WASHINGTON DC – Lain diminta, lain dapat. Apa yang diminta sebenarnya lukisan karya pelukis terkenal Van Gogh, namun yang ditawarkan pula adalah sebuah jamban emas dipanggil ‘Amerika’.

    Begitulah didedahkan akhbar berpengaruh The Washington Post setelah berjaya memperoleh sejumlah surat antara kurator Muzium Guggenheim, Nancy Spector dengan Kurator Pejabat White House, Donna Hayashi Smith.

    Menerusi surat rahsia itu, pihak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ada meminta untuk meminjam sebuah lukisan terkenal karya Van Gogh untuk diletak sebagai hiasan di dalam bangunan rasmi beliau.

    Namun, Spector kemudian membalas semula surat permintaan berkenaan dengan berkata bahawa Trump dan isterinya, Melania sebagai tidak boleh ‘meminjam’ lukisan nadir tersebut, lapor akhbar popular Daily Mail.

    Sebaliknya, pihak muzium itu menawarkan sebuah mangkuk tandas emas 18 karat yang diberi nama America, karya Maurizio Cattelan. Menerusi arca itu, artis Itali tersebut mahu memaparkan gaya hidup mewah berlebihan di AS.

    Sepanjang tahun lalu, jamban emas tersebut dipamerkan di sebuah bilik tandas di tingkat lima muzium berkenaan, dengan lebih 100,000 orang pelawat sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai penggunaan hebatnya.

    “Sekiranya Presiden dan Wanita Pertama memang berminat untuk memasangnya di Rumah Putih, kami ingin menawarkannya kepada pentadbiran White House bagi penggunaan jangka panjang,” tulis Spector lagi.

    Beliau yang sebelum ini pernah mengkritik Trump, menurut peagwai Rumah Putih ada menulis: “Mangkuk tandas itu pastinya berharga dan mudah pecah, tapi kami akan menyediakan cara-cara untuk memasang dan menjaganya.”

    Apabila pihak The Washington Post mencuba untuk menghubungi Cattelan, beliau bagaimanapun meminta akhbar itu pula menghubungi Muzium Guggenheim mengenai tawarannya dan berkata: “Ia topik yang sensitif.”

    “Apa makna hidup kita? Semua seolah-olah tidak masuk akal sehingga kita meninggal dunia dan kemudian barulah ada logik,” jawabnya apabila ditanya rasional mengapa mahu memberikan mangkuk tandas tersebut kepada Trump.

    Cattelan juga enggan mendedahkan berapakah kos menyiapkan mangkuk tandas tersebut, namun The Washington Post menganggarkannya sekitar AS$1 juta berdasarkan nilai pasaran semasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Mohon Lukisan Tapi Dapat Jamban Emas "