• Trump Arah Guantanamo Terus Beroperasi

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+
    WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani arahan bagi membolehkan pusat tahanan tentera di Teluk Guantanamo terus beroperasi, selepas bekas Presiden Barack Obama gagal menutupnya.

    Ketika berucap pada majlis State of The Union, Trump menjelaskan beliau hanya memenuhi janji kempen untuk meneruskan operasi penjara untuk suspek keganasan warga asing di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guantanamo, Cuba.

    "Sebelum masuk ke sini, saya sudah menandatangani perintah mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, untuk meneliti semula dasar tahanan ketenteraan kita dan meneruskan pembukaan kemudahan tahanan di Teluk Guantanamo," kata Trump.

    Perintah eksekutif Trump itu memberi kuasa kepada tentera Amerika Syarikat menambah tahanan dan mencadangkan suspek militan Daesh mungkin dihantar ke penjara itu untuk kali pertama.

    Obama menandatangani satu perintah pada hari pertama memegang jawatan pada 2009 untuk memulakan usaha menutup Guantanamo dalam tempoh setahun, namun rancangan beliau digagalkan pembangkang Republikan di Kongres.

    Sebaliknya, pentadbiran beliau mengurangkan jumlah tahanan daripada 41 kepada 242 sepanjang lapan tahun berkhidmat.

    Penjara itu dibuka bekas Presiden George W Bush untuk menahan suspek militan yang ditahan di luar negara selepas serangan 11 September dan ia adalah simbol amalan tahanan kejam yang mendedahkan Amerika Syarikat kepada tuduhan penyeksaan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Arah Guantanamo Terus Beroperasi "