• Trofi Liga Juara-Juara Di Kaki Neymar

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    PARIS : Menjelang perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara, Neymar tampil dengan persediaan tersendiri.

    Bintang Paris Saint Germain (PSG) itu menghiasi betisnya dengan lukisan tatu trofi Liga-Juara-Juara.

    Kelab gergasi Perancis itu bakal berdepan juara bertahan Real Madrid Rabu ini di Santiago Bernabeu bagi pusingan pertama kalah mati.

    Bintang Brazil itu mahu memastikan apa yang diingini tercapai musim ini termasuk membantu kelabnya menjulang trofi tersebut.

    Neymar,26, pernah menjulang trofi ini ketika bersama Barcelona pada tahun 2015.

    Dia juga turut menambah lukisan tatu berupa beberapa ekor burung di bahagian lehernya yang bermaksud kebanggaan, hormat, berani, maruah dan kepercayaan. - AGENSI

    Subjects:

  • No Comment to " Trofi Liga Juara-Juara Di Kaki Neymar "