• TPM - Namewee Tidak Akan Terlepas Tindakan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa sekiranya tindakan dikenakan ekoran video terbarunya yang sekali lagi mengguriskan sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, keharmonian masyarat Malaysia perlu sentiasa dipertahankan dengan perbezaan agama, bangsa dan budaya sewajarnya saling dihormati.

    “Jika ada mana-mana individu lakukan provokasi sedemikian, jangan salahkan pihak berkuasa kalau tindakan dilakukan ke atas beliau.

    “Orang itu telah terlepas dalam banyak tindakan, dan kita harap jangan mana-mana pihak membuat provokasi, ini bukan amaran, saya hanya hendak beritahu tindakan pasti akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan alat keselamatan kebakaran kepada 612 institusi tahfiz di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

    Semalam, Pengerusi Aktivis Media Sosial, Kamarudin Ahmad menggesa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat video klip penyanyi kontroversi Namewee yang dikatakan mengandungi aksi lucah tarian sekumpulan penyanyi berdekatan Masjid Putrajaya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " TPM - Namewee Tidak Akan Terlepas Tindakan "