• TMJ Dapat Hadiah Aston Martin

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima hadiah istimewa berupa kereta mewah sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kembali Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu.

    Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan lebih RM800,000 itu dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghargaan dalam menjuarai piala ke-10 pasukan itu.

    Warna merah biru dipilih menjadi konsep kereta tersebut yang melambangkan bendera Johor.

    Kenyataan mengenai hadiah itu dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada petang Ahad lalu. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " TMJ Dapat Hadiah Aston Martin "