• Tindakan Tegas Guna Logo CIDB Tanpa Kebenaran

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggunakan logo Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

    Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, penggunaan logo CIDB tanpa kebenaran itu mengelirukan orang awam dengan memberi gambaran seolah-olah syarikat terbabit menjalankan perniagaan bagi pihak CIDB.

    “Hanya anak syarikat CIDB sahaja yang dibenarkan menggunakan logo CIDB. Organisasi lain yang ingin menggunakan logo CIDB perlu memohon kebenaran melalui surat atau e-mel yang disalurkan kepada Unit Komunikasi Korporat CIDB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan ejen-ejen pendaftaran atau syarikat-syarikat pembinaan yang giat menawarkan perkhidmatan mereka di media sosial dengan menggunakan logo CIDB. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Tindakan Tegas Guna Logo CIDB Tanpa Kebenaran "