• Tindakan Pantas FA Sarawak Dipuji

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 16 February 2018
    A- A+
    Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) secara dasarnya bersetuju dengan tindakan pantas yang diambil terhadap isu yang timbul dalam Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

    Pada Ahad lalu, FAS mengesyaki terdapat pemainnya terlibat dalam aktiviti menjual permainan.

    Berikutan laporan tersebut, dua pemainnya bersama seorang lelaki telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

    Menurut kenyataan FMLLP, pihaknya sedia menawarkan bantuan jika pihak FAS memerlukannya berhubung isu terbabit.

    Tawaran itu dibuat ketika Presiden FAS, Datuk Posa Majais bersama wakil pengurusan pasukan Sarawak, berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam serta wakil dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Penolong Setiausaha Agung FAM Abang Zulkarnain Abang Abdurahman dan serta Ketua Unit Integriti FAM, Osman Abu Bakar pada Khamis.

    Dalam pertemuan tersebut pihak FAS telah menjelaskan situasi sebenar tentang isu yang berbangkit termasuk laporan yang telah dibuat ke SPRM.

    Malah mereka juga bersetuju untuk tidak memberi sebarang komen atau menimbulkan sebarang spekulasi sehingga SPRM menyelesaikan siasatan berhubung isu tersebut.

    Sebelum ini, FAS telah menjalankan siasatan dalaman selepas pihaknya menerima laporan beberapa pemain pasukan bola sepak negeri berkenaan terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan.

    Ia berikutan pasukan Sarawak tewas kepada Felcra FC 2-3 pada aksi Liga Premier Sabtu lalu biarpun mereka mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Tindakan Pantas FA Sarawak Dipuji "