• Tindakan Pantas Bomba Selamatkan Rumah 2 Tingkat

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    SRI AMAN: Tindakan pantas pihak Bomba berjaya menyelamatkan sebuah rumah dua tingkat dari ranap sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di sini pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, tingkat atas sebuah rumah dua tingkat di Jalan Hollis di sini terlibat dalam kebakaran yang hampir memusnahkan struktur rumah berkenaan. Namun pihak Bomba berjaya mengawal api yang sedang marak.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran telah dapat dikawal oleh pasukan bomba dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, 2 nozel sumber air dari pili bomba yang berdekatan.

    “Kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan sebanyak lima puluh peratus ruangan atas rumah tersebut.

    “Tiada mangsa dilaporkan tercedera, punca Kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Tindakan Pantas Bomba Selamatkan Rumah 2 Tingkat "