• Timbulkan Perasaan Teruja Di Kalangan Pelancong Datang Sarawak

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mahu setiap pihak berusaha memupuk perasaan teruja di kalangan pelancong yang berkunjung ke Sarawak.

    Beliau berkata, walaupun sektor pelancongan kini sudah mencapai tahap yang memberangsangkan, sektor tersebut perlu terus dipertingkatkan.

    "Pemasaran dan promosi produk pelancongan kita tidak boleh hanya bergantung kepada kebudayaan, pengembaraan dan alam semula jadi tetapi kita mahu pelancong berasa teruja serta berpuas hati apabila melawat Sarawak," kata seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Malah menurutnya, ia penting bagi memastikan pelancong memberikan pandangan yang baik terhadap Sarawak.

    "Kita tidak mahu pelancong kecewa dengan produk, promosi dan pakej yang kita tawarkan kerana tidak mencapai apa yang mereka jangkakan.

    "Sebab itu kita harus proaktif jika mahu menjadikan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan yang kompetitif seperti Indonesia, Thailand, Filipina bahkan Sabah, yang menarik ramai pelancong terutama dari China setiap hari," ujarnya.

    Tambahnya, beliau optimis untuk sasaran lima juta pelancong ke Sarawak tahun ini dapat dicapai - Sarawakiana
  • No Comment to " Timbulkan Perasaan Teruja Di Kalangan Pelancong Datang Sarawak "