• Tiga Kenderaan JPJ Musnah Dalam Kebakaran

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    KUALA KANGSAR: Tiga kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kereta lain musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Jambatan Timbang JPJ, di sini, awal pagi tadi.

    Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Aziz Md Nor berkata dalam kejadian kira-kira 2.36 pagi itu, dua kereta JPJ jenis Fortuner dan satu lagi jenis Ford Ranger telah musnah 90 peratus manakala dua kereta jenis Volvo terbakar sebanyak 70 peratus.

    “Kita mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran dan operasi tamat kira-kira 3.46 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

    Menurutnya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Kenderaan JPJ Musnah Dalam Kebakaran "