• Tidak Berhasrat Batal Perintah Berkurung Di ESSZONE

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan pada masa ini belum berhasrat membatalkan perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang dikuatkuasakan sejak tahun 2014.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak mahu berkompromi dengan isu keselamatan penduduk Sabah khususnya di rantau berkenaan.

    "Kerajaan belum berhasrat membatalkan perintah berkurung di wilayah itu selagi soal keselamatan masih timbul iaitu isu 'jika' dan 'bila' (keganasan boleh berlaku).

    "Soal keselamatan bukan agenda politik tetapi mengatasi segala urusan lain. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited menangani isu keselamatan di kawasan itu," katanya.

    Perintah berkurung di timur Sabah dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri di luar pantai timur Sabah mulai 16 Julai 2014 berikutan pelbagai kes penculikan dan tembakan berlaku di resort pelancongan di sana.

    Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika membabitkan kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Berhasrat Batal Perintah Berkurung Di ESSZONE "