• Tiada Yang Terpinggir Daripada Terima Bantuan – PM

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40) kerana asas ekonomi kukuh.

    Perdana Menteri berkata, bantuan yang diberikan itu adalah daripada hasil-hasil yang dikutip termasuk daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

    “Bajet 2018 banyak yang kita beri balik kepada rakyat, bayaran khas penjawat awam RM1,500, kita beri kepada tok batin, imam, tok siak, ketua kampung semua dapat.

    “Bukan sahaja golongan B40, malah M40 juga mendapat tempias dalam Bajet 2018 apabila kerajaan mengurangkan cukai kepada 2 peratus, kata Datuk Seri Najib Razak pada Sesi perkongsian #Bajet2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Pusat Perubatan UKM.

    Sama ada sedar atau tidak, katanya, kerajaan sebenarnya masih memberi subsidi secara langsung dan tidak langsung.

    Misalnya pendidikan, setiap pelajar disubsidi hampir RM8,900 setiap orang, dan perubatan RM9,000. Ini tidak masuk lagi pinjaman PTPTN sebanyak RM50 .41 bilion kepada 2.17 juta pelajar, biasiswa RM44 bilion.

    Bagaimanapun, jelas beliau, bantuan itu tidak dapat dilakukan tanpa pelaksanaan GST memandangkan hanya 2 juta orang sahaja yang membayar cukai daripada 14 juta pekerja, mustahil dapat menampung untuk keperluan 30 juta penduduk negara. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Yang Terpinggir Daripada Terima Bantuan – PM "