• Tiada Tempat Untuk Calon PAN Bertanding Di Utara Sarawak

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan mana-mana calon Amanah untuk bertanding di zon utara Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    "Perkara ini sudah diputuskan semasa mesyuarat ketiga-tiga parti bagi memastikan kemenangan PH," kata Pengerusi PH Wilayah Utara Dr Ting Tiong Choon.

    Memetik laporan Utusan Borneo beliau berkata, PH akan meletakkan enam calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang calon daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi Lawas, Limbang, Baram, Miri, Sibuti, Bintulu dan Hulu Rajang.

    "Kita mencapai kata putus bahawa dibawah format PH, format pembahagian kerusi antara PKR dan DAP ialah 6-1 atau 5-2," ujarnya.

    Mengulas lanjut, Ting berkata keputusan muktamad mengenai pembahagian tersebut akan ditentukan oleh pucuk pimpinan.

    "Nama calon akan dimumkan pada saat akhir oleh pucuk pimpinan tertinggi kerana ia merupakan strategi PH untuk memenangi kerusi di Utara Sarawak," jelasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Tempat Untuk Calon PAN Bertanding Di Utara Sarawak "