• Tiada Sesiapa Yang Mengawal Politik BN Sarawak

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+
    Antara propaganda yang tersebar luas di Sarawak pada masa ini ialah, UMNO mengawal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan parti komponen Barisan Nasional Sarawak.

    Tuduhan bahawa UMNO telah masuk Sarawak hanyalah propaganda yang gagal, yang pasti PKR, DAP, PAS dan PAN yang berpusat di Semenanjung telah bertapak di sini, bukan UMNO.

    Namun pada hakikatnya propaganda seumpama itu ternyata ditolak rakyat Sarawak, buktinya setiap kali pilihanraya kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin kukuh.

    Menjelang Pilihanraya Umum ke-14, pembangkang di Sarawak sudah ketandusan idea dan hanya berpaksi isu kitar semula untuk melemah BN Sarawak dan ditambah dengan propaganda yang UMNO mengawal BN Sarawak.

    Propaganda tersebut merupakan perkara yang tidak berasas kerana BN Sarawak dan UMNO serta parti komponen BN Semenanjung bergabung di bawah satu payung untuk membentuk kerajaan Malaysia. Ini dinamakan kerjasama yang mentadbir urus pentadbiran negara dengan membantu jemaah kabinet yang terdiri daripada BN pusat, Sabah dan Sarawak.

    Di mana logik akal yang BN Sarawak dikawal UMNO sedangkan BN Sarawak lantang bersuara memperjuangkan hak Sarawak yang terhakis secara langsung atau tidak langsung. Dari isu tersebut boleh dilihat kerajaan pusat kepimpinan Datuk Seri Najib lebih terbuka mendengar suara Sarawak.

    Buktinya beberapa keputusan yang telah dibincang selama ini menyebelahi Sarawak.

    Sebagai contoh, Najib mengembalikan Empangan Hydro Bakun kepada kerajaan Sarawak. Bukan setakat itu sahaja, Sarawak dipersetujui oleh Najib untuk mewujudkan bank sendiri yang dinamakan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan Petrolium of Sarawak (PETROS). Banyak lagi keputusan yang sudah pun dikembalikan. Jika begitu keputusannya, adakah UMNO sedang mengawal BN Sarawak ?

    Kelantangan suara BN Sarawak yang lebih jelas memperjuang dan mempertahan kepentingan rakyat dan negeri ini.

    Yang pasti propaganda kononnya UMNO mengawal BN Sarawak hanyalah propaganda pembangkang yang semakin hari semakin jelas kekurangan isu untuk menjatuh kerajaan BN Sarawak. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Sesiapa Yang Mengawal Politik BN Sarawak "