• Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+


    TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terbabit setakat ini dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Hualien di Taiwan, Selasa lalu.

    Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6 pada skala richter dilaporkan melanda wilayah Hualien yang terletak kira-kira 165 kilometer di tenggara bandaraya Taipei, Taiwan.

    "Menurut pihak berkuasa tempatan, setakat ini empat dilaporkan terkorban, 225 cedera manakala 140 lagi masih dilaporkan hilang.

    "Setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan membabitkan rakyat Malaysia di sekitar kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Katanya, Kementerian Luar melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) sedang memantau rapi situasi ini.

    "Rakyat Malaysia yang berada di Taiwan adalah dinasihatkan untuk berwaspada dan sentiasa berhubung dengan MFTC selain mematuhi arahan dan nasihat keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan.

    "Selain itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung dengan MFTC di alamat 8th Floor, San Ho Plastic Building 102, Dun Hua North Road Taipei, Taiwan R.O.C dan hubungi +(886) 22713 2626; +(886) 905 121 171 (untuk kes kecemasan) atau emel mwtaipei@kln.gov.my," katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Rakyat Malaysia Terbabit "