• Tiada Perbalahan, PBB Patut Jadi Contoh Parti Komponen BN

    Reporter: Yusz Man
    Published: Saturday, 10 February 2018
    A- A+
    Foto Sufri Yusof

    KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sepatutnya menjadi contoh kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) lain terutama dalam aspek permuafakatan dan penyatuan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua aspek tersebut yang diamalkan sejak dahulu lagi menjadi tunjang kekutan kepada PBB sehingga menjadi parti terkuat di Malaysia.

    Malah menurutnya, PBB yang menjadi benteng kekuatan BN Sarawak harus dijadikan sebagai ikutan oleh semua parti komponen BN di seluruh negara.

    “Tidak menjadi kesalahan untuk semua parti komponen BN di negara ini mengguna pakai pendekatan atau metodologi yang dibudayakan oleh PBB khususnya ketika berdepan persekitaran politik yang kini jauh berbeza.

    "Saya dapat melihat kekuatan PBB adalah berpaksi kepada kekuatan dalaman parti terutamanya penyatuan dan permuafakatan antara barisan kepimpinan tertinggi parti hingga ke peringkat akar umbi.

    "Teruskan perjuangan ini dan kekalkanlah momentum kekuatan parti PBB dalam keluarga besar BN,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

    Najib yang juga Penerusi BN Pusat berkata, permuafakatan dan penyatuan PBB perlu diteruskan demi kelangsungan kekuatan BN  secara keseluruhannya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Perbalahan, PBB Patut Jadi Contoh Parti Komponen BN "