• Terus Sokong BN Di Selangau - Joseph Entulu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    BINTULU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun menyarankan agar rakyat di kawasan Parlimen Selangau terus memberi sokongan terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan pembangunan berterusan di kawasan tersebut.

    Katanya, di bawah kepimpinan BN, kawasan Selangau merangkumi Tatau mengalami pembangunan pesat dalam pelbagai aspek termasuk kemudahan prasarana serta infrastruktur setempat.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ini menurutnya, bukti kerajaan komited membangunkan kawasan serta menaik taraf kehidupan masyarakat sekali gus merubah tahap kehidupan mereka ke arah lebih baik.

    “Kekuatan kerajaan BN terbukti melalui kemampuan mereka membangunkan negeri ini sehingga mencapai tahap kemajuan mapan dan menyeluruh,” katanya.

    Beliau menambah, bagi tujuan itu rakyat di kawasan Selangau dinasihati tidak terpengaruh dengan segala dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang memburuk-burukkan kerajaan kerana ia adalah usaha sia-sia.

    “Sokongan padu rakyat memastikan kestabilan pemerintahan BN yang sememangya bersungguh-sungguh demi kesejahteraan rakyat negeri ini,” ujarnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Terus Sokong BN Di Selangau - Joseph Entulu "