• 'Terima Awal, Selesai Cepat'

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+
    PUTRAJAYA: Aduan yang dibangkitkan ahli Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diselesaikan lebih awal jika segera dikemukakan secara rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

    Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, berkata pihaknya mula menerima aduan daripada ahli PPBM sejak awal bulan lalu, terutama membabitkan dakwaan perlanggaran perlembagaan parti berkenaan.

    "Kalau kami terima lebih awal, mungkin boleh selesai cepat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, siasatan terhadap semua 249 aduan yang dikemukakan ahli PPBM setakat ini berjalan lancar.

    Surayati berkata, semua aduan berkenaan tidak akan 'diperam', sebaliknya perlu diteliti satu persatu termasuk memanggil individu berkaitan dari semasa ke semasa bagi melengkapkan siasatan.

    "Kami menerima banyak dokumen mengenainya (aduan) dan ia akan diteliti. Kami tidak boleh maklumkan berapa banyak aduan sudah disiasat," katanya.

    Mengenai tindakan protes yang mungkin dilakukan ahli PPBM di hadapan ibu pejabat agensi berkenaan, Surayati berkata, perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 'Terima Awal, Selesai Cepat' "