• TERAS Masih Hidup, Sokong Mawan Di Saratok

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+


    Walaupun Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) telah dibubarkan selepas Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu namun terdapat kira-kira 3,658 ahli berdaftar yang masih aktif di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

    Memetik laporan The Borneo Post, ahli-ahli yang tinggal menyuarakan sokongan terhadap bekas presiden mereka Tan Sri William Mawan untuk kekal sebagai penyandang kerusi bagi Parlimen Saratok.

    Menurut Pengerusi TERAS Cawangan Krian, Banyi Beriak berkata, ahli parti berperanan memberikan sokongan akar umbi yang besar kepada Mawan untuk dicalonkan semula pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    "TERAS akan tetap berada di belakang Mawan untuk beliau menjadi calon Barisan Nasional (BN)  mempertahankan Saratok," katanya.

    Banyi mendakwa parti TERAS bukanlah sebuah parti pembangkang malah mereka masih menganggap diri mereka sebagai sebuah parti mesra BN sama seperti Parti Rakyat Bersatu (UPP).

    "Teras bukan parti pembangkang yang bertentangan dengan apa yang dilihat oleh sesetengah pihak. Ahli Parlimen Saratok YB Tan Sri William Mawan telah menjadi pemimpin yang sangat komited dengan membawa perkembangan dan perubahan kepada Saratok. Beliau seorang pemimpin yang sangat mudah didekati dan seorang yang disenangi rakyat," tegasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " TERAS Masih Hidup, Sokong Mawan Di Saratok "